Soalan:
Assalamualaikum Ustaz. Bagi wanita yg uzur(haid),dan memerlukan kepastian sesuatu perkara, blhkan membaca sahaja doa solat istikharah (memandangkan dia tak blh solat)? Skian. Wsalam wrh. JKK
Jawapan:
YA, bagi wanita yang uzur, dan dia memiliki hajat untuk beristikharah, memadai baginya membaca doa istikharah yang thabit dari Nabi SAW. Lebih elok, jika ia memilik untuk melakukan doa itu pada waktu-waktu yang dimustajabkan doa. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah dinyatakan:
أجاز القائلون بحصول الاستخارة بالدعاء فقط وقوع ذلك في أي وقت من الأوقات ; لأن الدعاء غير منهي عنه في جميع الأوقات
“Sebahagian (ulama) menyatakan, al-Istikharah itu boleh diperolehi dengan doa semata-mata, yang dilakukan pada bila-bila masa, kerana doa tidak dilarang dalam semua waktu…”
Kumpulan penyelidik bagi lamanweb Islam-online.net pula berkata:
العلماء ذكروا أن الاستخارة تكون بثلاثة أشكال:
الأول : وهو المعروف من صلاة ركعتين ثم الدعاء بعدهما بدعاء الاستخارة.
الثاني : الدعاء فقط بنية الاستخارة دون صلاة.
الثالث : الدعاء عقب أي صلاة ، وليس صلاة خاصة بالاستخارة.
Maksudnya: “Para ulama berkata, al-Istikharah itu boleh dalam tiga bentuk:
1. Seperti yang diketahui umum, dengan melaksanakan solat sunat dua rakaat, kemudian berdoa selepasnya dengan doa istikharah.
2. Doa sahaja, dengan niat istikharah tanpa solat (2 rakaat).
3. Doa al-Istikharah tersebut dilakukan setelah selesai mana-mana solat.
wallahu a’lam.
Sumber :
Link 1
No comments:
Post a Comment