Hari Asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Di antara peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
• Hari pertama Allah menciptakan alam.
• Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
• Hari pertama Allah menurunkan hujan.
• Allah menjadikan 'Arasy.
• Allah menjadikan Luh Mahfuz.
• Allah menjadikan alam.
• Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Adam a.s. dicipta.
• Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
• Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
• Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
• Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.

Di antara amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
• Berpuasa
• Mandi dan membersihkan diri
• Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
• Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka
• Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya
• Menziarahi orang sakit
• Bersedekah
• Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali
• Sunat bercelak mata
• Sunat menginai dan mengerat kuku.
• Menjamu dan memberi minum kepada orang
• Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar
• Memperkukuhkan silaturrahim
• Memperbanyakkan Zikir dan Selawat..( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )

No comments:

Post a Comment